PENGAJIAN TALAQQI BERKITAB FARDHU AIN AQIDAH-FIQH-TASAWUF SECARA INTENSIF ONLINE 40 MINIT SEHARI SELAMA 40 HARI DALAM SYAABAN & RAMADHAN!
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Setiap Muslim & Muslimah WAJIB mempelajari Ilmu Fardhu Ain (Aqidah-Fiqh-Tasawuf) kerana mempelajari ilmu-ilmu inilah jalan untuk kita hidup dalam garis panduan yang ditetapkan Allah dan jalan mendapat redhonya. Mereka yang tidak menguasai Fardhu Ain (Ilmu Asas Aqidah-Fiqh-Tasawuf) dengan betul akan beraqidah dengan aqidah yang salah, beribadat dengan cara yang salah bahkan gagal membersihkan hati akan tergelincir dari beraqidah dengan dengan aqidah yang benar serta beramal dengan amalan yang soleh.
MEMANG NAK BELAJAR TAPI MASALAHNYA.. Sukar untuk golongan dewasa mendapatkan pembelajaran yang sistematik, bersilibus dan berkitab dengan berguru untuk mempelajari ilmu Fardhu Ain bagi 3 ilmu ini Aqidah- Fiqh- Tasawuf. Jika ada pangajian dimasjid dan surau kebiasaannya guru akan mengajar sebulan sekali yang akan mengambil masa terlampau lama untuk menghabiskan kitab walaupun yang nipis. Kalau ada pembelajaran berkitab secara fizikal pula terkadang ada yang terlepas kerana waktu-waktu yang kurang sesuai. Jadi bila kita nak KHATAMKAN ilmu fardu Ain (Aqidah-Fiqh-Tasawuf)?
Jadi Apakah
SOLUSINYA?
Memahami keperluan anda yang cinta pengajian Islam, Isyrah Qalbi Consultancy menawarkan pengajian selama 40 HARI secara Online dalam BULAN SYAABAN & RAMADHAN TAHUN INI sehingga khatam ilmu Fardhu Ain (Aqidah-Fiqh-Tasawuf) melalui kitab Sullamut Taufiq karangan ulamak Syeikh Abdullah bin Hussain (1191 H - 1272 H)
Apakah
KEISTIMEWAAN KITAB?
Ustaz Mohd Nabil Majdi Bin Arip merupakan seorang pendakwah bebas juga Guru Besar Sek Ren Agama Rakyat di Perak. Beliau mempunyai Tauliah Mengajar oleh Jabatan Agama Islam Perak dan mengajar subjek ilmu Aqidah, Fiqh dan Tasawuf. Merupakan graduan Ilmu Wahyu UIA dan beliau telah berguru dengan guru-guru aliran pondok kitab-kitab aqidah, fiqh dan tasawuf serta telah mempelajari kitab Sullamut Taufiq secara berguru.

Bagaimana Kuliyyah Akan Berlangsung dan Bilakah Waktu Kuliyyah?
Kuliyyah ini akan berlangsung secara online melalui APLIKASI ZOOM yang boleh didownload di Playstore bagi handphone android dan Apps Store bagi pengguna Iphone. Pihak kami akan memasukkan anda ke
Group Whatsapp
untuk kuliyyah Sullamut Taufiq yang membolehkan anda mendapat maklumat serta
LINK ZOOM
sebelum bermula Kuliyyah. Berikut Ialah muklumat kuliyyah:
Mula 4/2/2026 Sehingga 15/3/2026 Selama 40 Hari (Sepanjang Syaaban & Ramadhan)
SETIAP HARI SELAMA 40 MINIT (5.20 ptg - 6.00 ptg)
Bagaimana Jika Tidak Dapat Mengikuti Kuliyyah?
Jangan risau, kami akan berikan anda link RAKAMAN YOUTUBE (Private Link) yang membolehkan anda mengakses rakaman-rakaman pengajian kitab tersebut. Anda boleh belajar mengikut masa anda dan boleh mengulang kembali sekiranya perlu. Kaedah rakaman ini sangat membantu para pelajar untuk mencatat bahkan memberi perhatian kepada perkara-perkara penting. Berikut ialah contoh-contoh rakaman dalam kelas kami yang lepas.
BONUS PANDAFTARAN SEGERA! HANYA UNTUK PENDAFTARAN 100 PERTAMA
Bonus ini hanya bagi pendaftaran 200 ORANG sahaja yang CEPAT sebelum sekali lagi bonus TAMAT. PERCUMA RAKAMAN DAURAH UMMUL BARAHIN (KITAB AQIDAH)
![]()
(2).jpg)
Mempelajari Ilmu Agama TIDAK PERNAH RUGI! Daftar
SEKARANG
Pelajari ILMU yang Sahih tentang AQIDAH-FIQH-TASAWUF Sebelum TERLAMBAT menggunakan Kitab Muktabar Yang Diajarkan secara Berguru!
Tiada yang terpenting bagi kita melainkan berterusan membetulkan aqidah kita, membaiki amalan kita dan berkongsi ilmu dengan yang lain SEKARANG kerana hari esok tiada yang pasti untuk kita. Tanpa ilmu kita tidak mampu membezakan benar dan salah dan bagaimana mungkin kita beralasan tidak tahu didepan Allah jika kita melakukan kesalahan kerana tidak tahu sedangkan kita telah diwajibkan menuntut Ilmu. Apatah lagi kita dimudahkan dengan rakaman pengajian yang boleh ditonton pada bila-bila masa.
INSYA ALLAH usaha anda melabur untuk ilmu-ilmu yang penting ini akan menjadi pelaburan akhirat yang menguntungkan.
Daftar sekarang kerana BONUS pengajian ini hanya selagi ada kuota! Buat pendaftaran dan pembayaran melalui borang dibawah dan anda akan diberikan link grup Whatsapp Kuliyyah untuk anda sertai bagi sebarang maklumat.